Advertisement

Fazley, Azrene Bercerai Selepas 18 Tahun Hidup Bersama


Fazley
Azrene (kiri) dan Fazley (kanan) – ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 46, mengesahkan bercerai dengan Azrene Soraya Abdul Aziz atau Azrene Ahmad, beberapa bulan lalu, selepas 18 tahun hidup bersama.

Memetik sumber Berita Harian, mengumumkan perkara itu melalui kenyataan media, Fazley yang popular dengan lagu Asmara Ini memberitahu, keputusan bercerai diambil atas persetujuan bersama.

Fazley atau nama sebenar, Ahmad Fazley Yaakob berharap penjelasan itu dapat menamatkan spekulasi mengenai hubungannya dan bekas isteri.

“Semoga dengan adanya pengumuman ini, tidak akan ada lagi kekeliruan mengenai hubungan kami berdua selepas ini,” katanya.

Bagaimanapun, butiran terperinci termasuk tarikh dan punca perceraian tidak didedahkan.

Fazley turut memaklumkan, dia memfailkan perceraian beberapa bulan lalu dan tempoh edah sudah tamat, beberapa minggu lalu.

“Keempat-empat anak kami di bawah hak jagaan bersama. Hubungan kami juga masih baik seperti kami mula-mula berkenalan dahulu,” katanya.

Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak, Ahmad Fariedz Shah, 15; Ahmad Fieradz Shah, 14; Ahmad Fierudz Shah, 13, dan Alayna Selma, 7.



Source link