KOTA KINABALU, SABAH – Seorang kanak-kanak perempuan kurang upaya berusia sebelas tahun ditemui lemas selepas bermandi-manda di sungai berhampiran Kampung Lobuk, Menggatal bersama rakan-rakannya tengah hari tadi.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, perempuan itu telah terjun dari jambatan ke dalam air dan tidak muncul semula.
Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bertindak balas dengan sepasukan tujuh anggota dan pegawai kepada panggilan kecemasan jam 1.03 tengah hari itu.
Mereka kemudian dibantu oleh tiga anggota Bomba Sukarela Kampung Unggun Jaya.
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan menggunakan bot yang turut melibatkan Pasukan Penyelamat Dalam Air.
Pasukan penyelam kemudian menemui mayat Indah Tawasil pada jam 6.30 petang terperangkap di antara objek kira-kira 25 meter dari jambatan tersebut.