KUALA LUMPUR: Soerang peguam tular di aplikasi TikTok selepas membuat perkongsian kepada orang ramai mengenai cara mangsa untuk mendapatkan keadilan jika ditampar atau ditumbuhk dikhalayak ramai.
Peguam yang dikenali sebagai Zabidah berkata, bagi langkah pertama ketika mangsa ditampar cuba jauhkan diri dari si penampar atau pemukul.
“Seterusnya, bertindak untuk mempertahankan diri, lawan saja pemukul, kemudian minta bantuan dari pihak berkuasa terdekat.
“Langkah seterusnya, mangsa perlu membuat laporan polis dan mengumpul bukti untuk kes dibicarakan di mahkamah,” katanya.
Setelah itu, katanya, mangsa boleh membuat laporan polis kerana pesalah boleh dihukum penjara mengikut Seksyen 323, penjara maksimum setahun dan/atau denda RM2,000 jika sabit kesalahan.
“Langkah kedua, buat tuntutan di mahkamah dan dapatkan saksi, rakaman video (dari) telefon atau kamera litar tertutup (CCTV),” sambungnya.
Video tular yang disiarkan oleh peguam itu meraih hampir 120,000 tontonan, lapor Mstar.
Bagaimanapun, merujuk pada tinjauan di ruangan komen pada video itu ramai netizen berkongsi pengalaman masing-masing mengenai insiden yang serupa dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
“Saya pernah dipukul orang ramai. Saya tidak membalas, bukan kerana saya penakut, saya hanya tidak mahu ia menjadi teruk. Ada saksi, saya pergi ke dewan untuk membuat laporan tetapi dalam akhirnya polis suruh saya tarik balik laporan dan balik.
“Saya ditampar, bukti video semua ada. Tapi kes mana mana NFA (tiada tindakan lanjut) dibenarkan oleh pendakwa raya, kata pegawai penyiasat? Masih mencari peguam untuk menyaman atau membawanya ke mahkamah,” kongsi seorang netizen.
Selain itu, ada juga netizen mengatakan mereka mahu memilih jalan mudah dengan hanya menyelesaikan kes di luar mahkamah.