Advertisement

Remaja Perempuan Cedera, Tersekat Di Kerusi Sekolah

TAWAU: Seorang remaja perempuan dilaporkan mengalami kecederaan ringan selepas dipercayai tersekat pada kerusi di Sekolah Kebangsaan Menengah (SMK) Tawau pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.08 pagi. 

Katanya, seramai sembilan anggota pasukan bomba dari BBP Tawau telah dikejarkan ke lokasi sejauh 6 kilometer.

“Dilaporkan terdapat seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun tersekat di kerusi. 

“Pasukan bomba kemudian bertindak memotong kerusi tersebut dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa seterusnya dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Setelah memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.45 pagi.