KOTA KINABALU, SABAH – KPJ Medical Partners Symposium 2024 berjaya menghimpunkan 150 pegawai perubatan bagi membincangkan perkembangan terkini inovasi perubatan.
Ketua Pegawai Pemasaran KPJ Healthcare Bhd., Sherene Azli berkata simposium itu turut memberi peluang kepada para peserta bekerjasama mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan.
“Sebanyak 150 peserta terdiri daripada pegawai perubatan awam dan swasta hadir selain 504 lagi mengikuti secara dalam talian, ini merupakan penyertaan paling ramai berbanding tujuh penganjuran sebelum ini.
“Sesi simposium ini bertujuan menonjolkan perkembangan terkini inovasi dan penyelidikan dalam invasif serta Gerd refraktor.
“Turut dibincangkan berkenaan memanfaatkan teknologi untuk penjagaan kanser komuniti iaitu kesedaran, pengesanan awal, perubatan bagi kanser paru-paru serta kemas kini terkini sindrom koronari kronik.
“Simposium ini juga memberi peluang kepada gabungan perubatan berhubung, menjalin rangkaian dan mewujudkan kerja berpasukan yang padu mencapai matlamat bersama mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan Malaysia selaras dengan falsafah ‘Care for Life’ KPJ, “ujarnya ketika berucap dalam majlis tersebut pada Sabtu.
Menurut beliau, lima penceramah berkongsi dan membentangkan topik mengikut kepakaran masing-masing iaitu Dr. Ramu Palaniappan, Datuk Dr. Nerenthran Loganathan, Dr. Daren Teoh Choon Yu, Dr. Hema Yamini Devi dan Dr. Chong Wei Loong. — JABATAN PENERANGAN SABAH