Advertisement

KM HAJIJI BINCANG CARA PERKUKUH MAHKAMAH ANAK NEGERI SABAH – Sabah News





Hajiji
Hajiji sedang memberikan pandangannya kepada Dr Benedict (tiga dari kiri) – ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bertemu dengan jawatankuasa Jabatan Kehakiman Mahkamah Anak Negeri bagi membincangkan cara memperkukuh institusi Mahkamah Anak Negeri.

Jawatankuasa itu diketuai oleh pengerusi Datuk Martin Idang, bekas Hakim Mahkamah Tinggi.

Turut dalam rombongan itu ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Dr Benedict Topin, yang juga Yang Dipertua Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS), dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Majaran Osman.

Selebihnya ahli jawatankuasa yang hadir ialah Pensyarah Kanan Undang-undang UiTM Datin Dr Rafidah @ Malissa Salleh, Timbalan Pengerusi Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Stephen Sondoh, Pengerusi Tribunal Perumahan Juprin Wong.

Pegawai Undang-undang Kanan Jabatan Peguam Negara Negeri Dulce Majawit, wakil Persatuan Undang-undang Sabah Datuk John Sikayun, Pegawai Penyelidik MHEANS Beverly Judin dan Syaheeda Hamdan.