Advertisement

Imigresen Sabah Usir 764 PATI Filipina – Sabah News

Jim
JIM Sabah usir 764 Warganegara Filipina pulang melalui Sandakan pada Khamis ( Sumber Foto: Ihsan JIM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 764 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Filipina berumur sekitar sebulan sehingga 70 tahun diusir pulang dalam program Jabatan Imigresen Negeri Sabah ke-20 bagi tahun 2024 untuk kategori usir melalui laut

Mereka yang terbabit pada Khamis adalah lelaki dewasa (302), perempuan dewasa (208), kanak-kanak lelaki (130), kanak-kanak perempuan (124).

Pemindahan tahanan PATI warganegara Filipina telah dilaksanakan daripada Depot Imigresen Papar melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina menggunakan pengangkutan vessel MV ANTONIA 1.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata seramai 5,503 orang tahanan PATI warganegara Filipina direkodkan pulang ke negara asal melalui pengangkutan laut.

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,873 orang warganegara asing yang telah berjaya dipindahkan ke negara asal,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Penduduk warganegara lain terlibat ialah Indonesia (2082), Pakistan (89), Vietnam (39), China (34) India (4) dan lain-lain (55).