Advertisement

Belanjawan2025: Bantuan One-Off Rm5,000 Kepada Peniaga Tepi Jalan – Sabah News

KOTA KINABALU: Belanjawan 2025 negeri Sabah buat pertama kalinya disediakan oleh Kerajaan Sabah adalah memperuntukkan bantuan one-off sebanyak Rm5,000 kepada peniaga gerai kecil tepi jalan yang mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bantuan julung kali yang dilaksanakan kepada peniaga tepi jalan itu merupakan tanda keprihatinan kerajaan semasa terhadap golongan ini. 

Jelas Masidi, bantuan tersebut diperuntukkan di bawah pelbagai program pembasmian kemiskinan dengan jumlah keseluruhan peruntukan, iaitu sebanyak RM488.5 juta.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM250 juta, iaitu peningkatan 100 peratus peruntukan bagi pembinaan sebanyak 3,000 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, setakat Oktober 2024, sebanyak 4,482 buah Rumah Mesra SMJ telah dibina,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 negeri Sabah di DUN pada Jumaat.

Kedua katanya, ialah bantuan one-off sebanyak RM5,000 kepada peniaga tepi jalan.

“Bantuan one-off yang buat pertama kalinya disediakan oleh Kerajaan Sabah sebagai tanda keprihatinan kepada peniaga gerai kecil tepi jalan yang mempunyai lesen perniagaan yang sah. 

“Ketiga di mana sebanyak RM214 juta dipertuntukkan untuk kerja-kerja di bawah peruntukan khas dan projek pembangunan kecil bagi pembinaan serta penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam di seluruh Sabah,” jelasnya.

Dan yang keempat Masidi berkata, RM19.5 juta diperuntukkan untuk Program Pembangunan Kecil, Program Penyediaan Kemudahan dan pembaikan kawasan MESEJ, Program Ameniti dan Ekonomi Desa, Program Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif, Program Bekalan Air Luar Bandar Alternatif dan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan.