Advertisement

Rumah Kongsi Pekerja 10 Pintu Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

TAWAU: Sebuah Rumah Kongsi Pekerja 10 pintu musnah terbakar dalam satu kejadian kebakaran di Ladang Gaharu Jalan Luasong, Tawau semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.33 malam. 

Katanya, seramai tiga anggota dari BBP Tawau dan enam anggota bantuan dari PBS Kalabakan telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 90 kilometer.

“Lapor kebakaran melibatkan sebuah rumah kongsi pekerja 10 pintu berkeluasan 30×100 kaki jenis tidak kekal terbakar 100 peratus telah berjaya dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadam api. 

“Kebakaran telah berjaya dipadam pada jam 9 malam dan pemanggil membuat panggilan untuk mendapatkan pengesahan kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Setelah mendapatkan maklumat dan memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi operasi seterusnya ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.34 pagi Sabtu.