KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sabgat berperanan penting untuk memastikan setiap tanggungjawab dilaksanakan dalam mentransformasikan kawasan luar bandar serta meningkatkan taraf hidup rakyat.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan selepas membuat lawatan kerja ke kementerian itu, di sini, hari ini.
Tegas Hajiji, kementerian ini diminta untuk memantau prestasi pegawai di pejabat daerah sekali gus memastikan kerja-kerja dijalankan mengikut jadual.
“Saya ingin sekali lagi mengingatkan agar semua pegawai daerah bahawa tugas mereka sangat penting bagi memastikan agenda pembangunan Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan dengan cekap.
“Projek pembangunan luar bandar negeri dan persekutuan mesti dilaksanakan mengikut jadual.
“Ini juga termasuk program kesedaran kepada penduduk luar bandar,” katanya.
Tambah Hajiji, perkara penting adalah, menjadi tugas pegawai daerah untuk menyelesaikan masalah di daerah masing-masing.