Advertisement

SURAT TERBUKA BUAT PENYOKONG PARTI WARISAN DAN UMNO PRO SHAFIE APDAL: KENAPA TAKUT TAN SRI MUSA DILANTIK SEBAGAI TYT? – Sabah News

KOTA KINABALU, SABAH – Mungkin tulisan ini agak sedikit panjang tetapi ini adalah fakta untuk menangkis serangan fitnah jahat ke atas Tan Sri Musa Aman.

Sebelum menulis surat terbuka untuk tatapan semua, Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS),  Gerakan Anak Musa Berani Sabah (BERANI) & Gerakan Mahasiswa Anak Sabah ingin berkongsikan bahawa hukum fitnah jelas haram dan ditegah dalam hukum syarak. Ini kerana perbuatan fitnah dikecam dengan keras oleh Baginda Rasulullah dalam hadis yang diriwayatkan Huzaifah: ‘Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba)’[HR al-Bukhari 6056 dan Muslim 105].

BEBAS memaklumkan bahawa selepas tertubuhnya sahaja Parti Warisan Sabah individu utama yang sering menjadi sasaran fitnah oleh ahli-ahli Parti Wa \risan khususnya ‘cybertrooper’ Warisan adalah sosok tubuh bernama Tan Sri Musa Aman.

Tan Sri Musa Aman…

Amat menyedihkan sehingga kini walaupun Tan Sri Musa telah bersara sepenuhnya dari bidang politik, namun Musa berterusan difitnah dengan tuduhan yang cukup jijik dan jahat.

“Mutakhir ini nama Musa kembali menjadi sorotan selepas ditularkan beliau akan dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sabah (TYT) menggantikan Juhar,” kata BEBAS.

Jika diukur pengalaman beliau mentadbir Sabah sebelum ini, fakta dengan jelas menunjukkan Musa sebenarnya bukan sahaja layak menjawat jawatan sebagai TYT, malahan sepatutnya boleh dilantik sebagai menteri penuh di peringkat Persekutuan di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar.

Kejayaan Musa membangunkan negeri Sabah sehingga digelar ‘Bapa Arkitek Pembangunan Negeri Sabah’ turut diiktiraf oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) selepas dianugerahkan dengan
kedoktoran kehormat (PhD) dalam Ekonomi Pembangunan pada majlis konvokesyen ke-25 universiti itu.

Menurut Pro-Canselor UMS Tan Sri Azman Hashim, individu yang menyampaikan skrol itu turut berkata pengiktirafan dibuat terhadap Musa adalah atas dedikasi dan kerja Musa yang telah dilakukannya untuk negeri Sabah sehingga beliau dikenali sebagai ‘Bapa Arkitek Pembangunan Ekonomi Sabah’.

Musa
Tan Sri Musa Aman menerima ijazah kedoktoran kehormat (PhD) dalam Ekonomi Pembangunan daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Rabu semasa majlis konvokesyen ke-25 universiti itu…

Di antara kejayaan Musa yang paling ketara adalah berjaya mengumpulkan rizab kewangan untuk Kerajaan Negeri Sabah sebanyak RM3.4 billion walaupun hanya kurang dari 10 tahun semasa memimpin Sabah.

Untuk rekod, pada tahun 2017 kadar pertumbuhan 8.2% bagi Sabah adalah yang tertinggi antara semua negeri di Malaysia masa itu dan lebih tinggi berbanding kadar 5.9% untuk keseluruhan Malaysia, tetapi malangnya selepas Shafie mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sabah melalui kudeta kadar KDNK negeri telah jatuh ke paras terendah di Malaysia sebanyak 0.5 peratus (0.5%).

Rekod pentadbiran ekonomi Sabah di bawah pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tertinggi diantara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2019…
Ekonomi negeri Sabah hancur semasa dua (2) tahun Shafie mengetuai pentadbiran negeri Sabah. KDNK pada tahun 2017 berada pada 8.2%, selepas Shafie mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sabah, KDNK menurun pada tahun 2018 ke 1.5% dan pada tahun 2019 menurun lagi ke 0.5%. KDNK dan ekonomi Sabah dijangka akan pulih mengambil masa 5 hingga 6 tahun.

Musa telah menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat pada 27 Mac 2003 dan waktu itu rizab kewangan Sabah hanya berada RM180 juta dan kurang dari 10 tahun rezab kewangan tersebut berjaya dikumpulkan oleh Musa.

Pencapaian luar biasa Musa turut mendapat pengiktirafan mendapat sijil tanpa teguran selama 15 tahun berturut-turut dan mendapat pengiktirafan angerah “Triple-A” di atas urus tadbir kewangan yang baik oleh Jabatan Audit Negara.

Foto Jabatan Audit Negara memuji pentadbiran negeri Sabah di bawah pentadbiran Tan Sri Musa Aman…(Sumber Foto dipetik daripada Berita Harian Online)
Jabatan Audit Negara 2016 mengesahkan kedudukan kewangan negeri Sabah baik…(Sumber foto dipetik daripada Astro Awani Online)

(Diakhir tulisan disenaraikan beberapa pencapaian Tan Sri Musa Aman ketika mentadbir Sabah).

Musa juga individu yang telah menyelamatkan Yayasan Sabah dari tangan Shafie Apdal selepas Musa berjaya menghalang cadangan untuk menjual sebahagian besar tanah Yayasan Sabah kepada syarikat yang dimiliki oleh sahabat baik Shafie yang berasal dari Sarawak bernama Datuk Ambrose Lee kira-kira 20 lebih tahun yang lalu.

Selain itu, Musa dikatakan telah bertungkus-lumus mempertahankan serta tampil membuat laporan Polis untuk menghalang penjualan tanah tersebut daripada berlaku, walaupun Shafie telah berjaya meyakinkan Ketua Menteri dan Jemaah Menteri pada waktu itu.

Tun Sakaran Dandai memberi penghormatan kepada Tan Sri Musa Aman kerana dengan berani menolak satu cadangan menjual tanah Yayasan Sabah daripada Shafie Apdal… (Foto ihsan FMT, pada 08 Mei 2018)

“Kontroversi itu bermula apabila syarikat NBT yang mana pemiliknya Ambrose Lee dikatakan telah cuba untuk mengawal Sabah Softwoods Sdn Bhd (SSSB) dan Rakyat Berjaya Sdn Bhd (RBSB) membabitkan penjualan 60 peratus (60%) ekuiti ICSB, sebuah anak syarikat Yayasan Sabah. (Umum mengetahui Ambrose Lee adalah sahabat baik kepada Shafie Apdal sehingga kini),” jelas BEBAS.

Sebelum ini dilaporkan North Borneo Timbers Bhd (NBT), sebuah syarikat tersenarai yang mana Datuk Seri Shafie Apdal merupakan pengerusinya, mendapat urus janji konsesi balak bernilai RM350 juta dari Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB), sebuah syarikat pelaburan di bawah Yayasan Sabah.

Shafie Apdal adalah Pengerusi NBT, syarikat yang didakwa menawarkan pembelian tanah Yayasan Sabah pada tahun 1996 tetapi telah dihalang oleh Musa…

Cadangan kawalan ke atas SSSB dan RBSB itu bermakna melepaskan 150,000 ekar tanah berharga milik Yayasan Sabah kepada individu-individu tertentu, sementara pengambil-alihan RBSB bermakna akan menyerahkan 247,000 ekar konsesi balaknya kepada firma tersenarai awam itu.

Difahamkan dengan hanya RM150 juta, Syarikat NBT akan diberikan Konsesi Balak oleh ICSB selama 100 tahun bagi Tanah Hutan Simpanan seluas seratus ribu (100,000) hektar untuk tujuan Pembalakan.

Tambahan, bekas timbalan pengarah Yayasan Sabah, Tengku Zainal Adlin dan bekas ketua pegawai eksekutif ICSB, Abdul Kadir Damsal juga pernah mengulas isu penjualan ini apabila berkata Musa membantu menyelamatkan negeri itu daripada urus janji yang TIDAK ADIL, yang mana akan menyebabkan Sabah bakal kehilangan rizab hutan.

Bekas timbalan pengarah Yayasan Sabah, Tengku Zainal Adlin berkata Musa membantu menyelamatkan negeri itu daripada urus janji yang tidak bagus, yang mana akan menyebabkan Sabah bakal kehilangan rizab hutan…(Foto ihsan FMT – 7 Mei 2018)

Alasan ini sebenarnya digunakan oleh Shafie Apdal untuk memusuhi Musa kerana telah menggagalkan rancangan Shafie.

Usaha juga telah digerakkan oleh penyokong dan ahli-ahli Warisan termasuk UMNO pro kepada Shafie dan Bung untuk menyebarkan luaskan fitnah kononnya salah satu sebab kenapa Musa tidak boleh dilantik menjawat jawatan sebagai TYT kerana Musa berbangsa Pakistan.

“Amat lucu melihat tahap IQ rendah dan permainan fitnah yang dimainkan oleh mereka, fakta yang sebenarnya adalah Ibu kepada Musa Aman berbangsa Dusun Kujau dari Bingkor Keningau manakala ibu kepada Haji Aman pula berbangsa Suluk dan Sungai, manakala Ayah kepada Haji Aman pula berketurunan Paksitan berdarah bangsawan dan dari keluarga yang berada serta dikenali dengan panggilan KHAN, berhijrah ke Sabah semasa negeri ini masih lagi dijajah oleh British,” jelas BEBAS.

Dalam politik pula individu yang memainkan peranan dan berjaya memujuk Musa untuk menyertai politik adalah Bapa Kemerdekaan Negeri Sabah Al-Marhum Tun Mustapha.

Tun melihat USNO pada waktu itu amat memerlukan bantuan kewangan dan tokoh koporat anak Sabah yang paling berjaya serta boleh membantu adalah Musa, oleh sebab itu usaha memujuk secara berulang kali telah dibuat oleh Tun dan akhirnya dipersetujui oleh Musa.

Selepas bersetuju menerima pelawaan Tun, pada tahun 1980 Musa telah dilantik sebagai bendahari USNO oleh Tun Mustapha dan bendahari UMNO Sabah pada 23 Mac 1991 selepas UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah.

Pada 16 Mac 1992, beliau dilantik memegang jawatan Bendahari Barisan Nasional (BN) Sabah. Pada 20 Mac 1999, beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah. Kemudian pada 27 Mac 2001, beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan Sabah. Pada 27 Mac 2003, beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-14.

Tan Sri Musa Aman…

Untuk rekod,Musa juga pernah dilantik sebagai Konsul Kehormat di Bangladesh.

Sebelum menyertai politik Musa dikenali sebagai ahli perniagaan dan tokoh koporat yang amat berjaya malahan pernah memiliki bank sendiri.

Dilaporkan juga bahawa Musa secara peribadi pernah membantu menyalurkan kewangan untuk menolong Shafie Apdal ketika beliau menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Sabah untuk program pemuda di Sabah.

Pada Mac 2020 semasa pandemik COVID-19 Musa juga telah menyumbang sebanyak RM 1 juta bagi menyalurkan bantuan makanan kepada rakyat Sabah.

Tan Sri Musa Aman bertanggungjawab menyalurkan sejuta ringgit kepada UMNO Sabah bagi bantuan makanan kepada rakyat Sabah akibat COVID-19…(Sumber Foto: Ihsan BH Online)
Shafie pula hanya mampu memohon maaf kerana gagal menyalurkan bantuan Covid-19 kepada rakyat Sabah…(Foto ihsan portal media tempatan)

Ringkasan di atas amat jelas menunjukkan Tan Sri Musa Aman bukan sahaja terlebih layak menjawat jawatan Tuan Yang Terutama Negeri Sabah (TYT) sebaliknya layak menjawat jawatan Menteri Kanan di Peringkat Kerajaan Persekutuan.

Berikut di antara kejayaan Tan Sri Musa Aman membangunkan negeri Sabah semasa memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah.

1. Rezab kewangan Negeri Sabah mencecah 3 billion selepas hanya 180 juta semasa mengambil alih jawatan Ketua Menteri daripada Tan Sri Chong Kah Kiat.

2. Kilang Pusat Pemprosesan Minyak Sawit POIC) yang terbesar di Malaysia telah dibina di Lahad Datu.

POIC Lahad Datu, Sabah…

3. Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) berhampiran bangunan Tun Mustapha (Yayasan Sabah).

Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS)…

4. Pusat pemprosesan minyak gas Kimanis dan Sipitang.

SOGT kimanis power plant…

5. Pusat Konvensyen Dunia berdekatan Bangunan Kastam.

Bangunan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) ketika pada fasa terakhir pembinaan…
Lokasi Bangunan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC)…

6. Mahkamah Majistret Baharu Kota Kinabalu.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu…

7. Hospital UMS yang sedang dibina bernilai RM652 Juta.

Deraf rekabentuk Hospital UMS…

8. Jalan Lebuhraya Pan-Borneo.

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah…
Lebuh Raya Pan Borneo bagi jajaran Julau…(Sumber Foto: Bernama)

9. Mahkamah Syariah bedekatan Masjid Bandaraya.

Mahkamah Syariah Kota Kinabalu, Sabah…

10. Hotel- hotel antarabangsa yang seperti Hilton dan banyak lagi dibina di Bandaraya Kota Kinabalu.

Hotel Hilton di sekitar Kota Kinabalu, Sabah…

11. Jalan 4 lorong dan jejantas kenderaan yang sedang dibina di laluan jalan Sulaman, Inanam dan Luyang.

Jalan bertingkat 4 lorong dan jejantas kenderaan yang telah siap dibina di laluan jalan Sulaman, Inanam dan Luyang…

12. Pusat Rekreasi dan Riadah jalan Teluk Likas ke UMS yang terbaik di Malaysia.

13. Bangunan komersial yang sedang dibina di Kota Kinabalu.

Salah satu bangunan komersial sekitar Kota Kinabalu – Oceanus Waterfront…

14. Hutan berjaya ditanam semula, dipulihkan dan dirawat, seluas 700,000 hektar dan merupakan yang terbesar di Malaysia. Sebanyak 53 peratus (53%) atau 3.9 juta hektar tanah telah dirizabkan secara kekal sebagai kawasan hutan simpan, kawasan perlindungan dan kawasan pemuliharaan hidupan liar melalui dasar pengurusan hutan lestari.

Sekian dan terima kasih.

Yang benar,

Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS),  Gerakan Anak Musa Berani Sabah (BERANI) & Gerakan Mahasiswa Anak Sabah.

NOTA: Tulisan di atas kiriman oleh Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) dan sama sekali tidak mencerminkan pendirian SabahNews…