KIMANIS: Tiga lelaki dilaporkan mengalami kecederaan termasuk seorang warga emas cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sendiri ke bahu jalan dalam kejadian kemalangan di Jalan Keningau – Kimanis, semalam.
Kesemua mangsa yang masing-masing berusia 58 dan 17 tahun alami cedera ringan, manakala warga emas berusia 77 tahun dilaporkan alami cedera parah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.13 petang.
“Dua anggota pasukan Bomba dari BBP Kimanis bersama KKM telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 29 kilometer dan tiba pada jam 5.41 petang.
“Lapor kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux terbabas sendiri di bahu jalan.
“Tiga orang mangsa dilaporkan terlibat dalam alami kecederaan.
“Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan KKM sebelum ketibaan pasukan Bomba di lokasi kejadian dan telah dihantar ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Pasukan Bomba seterusnya bertindak mengambil maklumat di lokasi kejadian lalu memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud di seterusnya menamatkan operasi sepenuhnya pada jam 6.10 petang.