Advertisement

Sambutan Pelbagai Perayaan Termasuk Krismas Kunci Kekuatan Perpaduan Rakyat Di Sabah – Sabah News

BEAUFORT: Sambutan Hari Natal yang diraikan setiap tahun mampu meningkatkan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama khususnya di negeri ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, rakyat di negeri ini amat terkenal dan sinonim dengan perpaduan yang diraikan dalam pelbagai perayaan yang disambut setiap tahun.

“Melalui sambutan Krismas yang kita sama-sama raikan pada hari ini (semalam) sudah tentu kita dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim diantara kalangan masyarakat yang berbilang suku kaum dan agama.

“Di Sabah memang sinonim, apa juga perayaan kita akan raikan bersama, bukan saja Krismas tetapi dimasa Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri kita juga bersama-sama dengan masyarakat yang bukan muslim.

“Jadi ini adalah menjadi satu kunci kekuatan kita di Sabah kerana kita hidup dalam berbilang suku kaum masyarakat dan juga agama, kita boleh makan semeja dan kita boleh meraikan dalam satu perayaan berbilang bangsa dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Krismas Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lumadan di sini, semalam.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih dan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, keharmonian itu adalah asas yang perlu di pupuk pada generasi muda kini.

Beliau berharap perpaduan yang terjalin akan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.