Advertisement

Lelaki Warga Emas Maut Tersepit, Lori 10 Tan Dipandu Terbabas Sendiri Ke Tepi Jalan





KOTA MARUDU: Seorang lelaki warga emas dilaporkan maut selepas lori 10 tan membawa muatan pasir yang dipandunya terbabas sendiri ke tepi jalan dalam kejadian kemalangan di Kampung Mengaris di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Mohd Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.49 pagi tadi. 

Katanya seramai 10 anggota bomba dari BBP Kota Marudu bersama agensi lain seperti PDRM dan KKM telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 16 kilometer dan tiba pada jam 8.16 pagi.

“Terdapat seorang mangsa lelaki, 68 tahun tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan khas (Hydraulic Jack) sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak KKM. 

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Setelah memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi, operasi seterusnya ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.10 pagi.