KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dilaporkan mengalami kecederaan selepas motor yang ditunggangnya berlanggar dengan lori tiga tan dalam kejadian kemalangan di lampu isyarat berhadapan SMK Bandaraya, Jalan Tuaran Bypass pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.50 pagi.
“Seramai sembilan anggota bomba dari BBP Lintas bersama agensi PDRM dan KKM telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 9 kilometer dan tiba pada jam 5 pagi.
“Lapor kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori tiga tan dengan sebuah motosikal jenis Honda Wave.
“Terdapat seorang mangsa terlibat, iaitu penggungang motosikal dilaporkan mengalami kecederaan dan telah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS Bomba di lokasi.
“Mangsa seterusnya dihantar ke hospital menaiki Ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Setelah memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi, operasi seterusnya ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.50 pagi.