PENAMPANG: Seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun mengalami kecederaan selepas terjatuh dari tingkat dua di sebuah bangunan di Grand Plaza Putatan, semalam.
Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang telah menerima maklumat orang awam mengenai kejadian pada jam 12.20 tengah hari.
“Bertindak atas maklumat, Unit Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Putatan telah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki sedang terbaring di atas jalan raya.
“Mangsa mengalami beberapa kecederaan anggota badan dan telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.
“Orang ramai atau saksi kejadian diminta untuk tampil memberikan maklumat untuk membantu siasatan di balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan.