MURID darjah dua kehilangan deria penglihatan atau total buta kerana dipercayai kerap makan makanan proses seperti nugget, sosej dan cookies sejak kecil.
Perkongsian insidien murid buta ini dikongsikan seorang Doktor, dikenali sebagai Dr Erna Nadia menerusi satu hantarannya di laman Facebook kelmarin.
Dr Erna memulakan perkongsiannya dengan situasi murid tersebut yang mula tidak dapat melihat ketika berada di sekolah lalu bertanya kepada gurunya kenapa dia tidak boleh melihat apa-apa.
“Seorang kanak kanak darjah dua tiba tiba cakap: ‘Teacher, why cant I see anything?’ Terkejut satu kelas tiba tiba dia jerit macam tu. Cikgu terus call parents murid ini dan terus murid ini dihantar ke hospital.
“Total blindness. Kehilangan deria penglihatan untuk kedua dua mata.
“Setelah diperiksa, dilakukan pelbagai pemeriksaan yang bukan mudah dan bukan mengambil masa sehari dua, result come out Vitamin A Deficiency. Kekurangan Vitamin A yang teruk. Terduduklah parentnya.
“Sebabnya bila dietitian siasat, anak ini cuma makan processed foods sahaja iaitu : nuggest, sausage dan cookies sejak dari bayi sampailah ke darjah dua. Bunyi macam hek eleh kau biar betik doktor? Takkanlah itu je makanan budak tu? Ya betul.
“Kes ini berlaku di negara kita, di ibu kotaraya dan parent murid ini bukanlah berkerja biasa biasa. Masa kawan saya share kisah ini, saya mulanya rasa marah sebab apa bendalah jadi parents tapi teruk macam ni tapi lama-lama bila tengok kehidupan kita yang sentiasa sibuk untuk hidup selesa saya jadi kesian.
“Buta ini tidak dapat dipulihkan. Sebagai ibu, jika kita tak dapat masak selalu sebab sibuk, tapi kita cubalah beli makanan yang betul betul makanan yang lengkap. Nasi ayam pun ok, bihun sup pun ok, dan kena paksa juga mereka makan makanan yang sihat. Kalau kena suap pun tak apalah janji mereka makan makanan yang betul-betul makanan supaya mereka dapat nutrisi tu.
“Vitamin dan supplemen tidak membantu seperti makanan betul. Kita kecil kecil pun mak ayah atok nenek bagi makanan biasa saja kan. InshaAllah boleh. Kesian untuk parents murid ini. Tak mudah untuk mereka terima. Dan sudah tentu tidak mudah juga untuk murid ini sendiri nak adapt dengan keadaan diri. Semua benda pasti mengambil masa.
“Saya kongsi bukan untuk kecam sesiapa, saya kongsi sebagai ingatan untuk diri saya sebab saya pun tak masak hari hari juga.
Kita cubalah ya include menu sihat dan makan makanan yang betul betul makanan setiap hari. Makan nasi dengan telur mata dan kicap pun ok janji makanan betul.
“Makanan terproses adalah sangat tidak sihat dan tidak ada apa apa nutrisi di dalamnya. Semakin lama ia boleh bertahan, semakin banyak warnanya, semakin tidak sihatlah ia,” kongsinya.
Perkongsian Dr Erna mengenai kes itu kini sudah mendapat 9,000 like, 1,400 komen dan 16,000 share.
Kongsi Dr Erna lagi, simptom awal kekurangan vitamin A adalah mata menjadi kering, ada macam bayang atau spot kelabu di mata putih, sukar melihat waktu malam atau di dalam gelap, mata kurang menghasilkan air mata dan jika dibiarkan akan membawa kepada kehilangan penglihatan.
“Makanan yang tinggi dengan vitamin A adalah sayur bayam, carrot, buah mangga, buah betik, aprikot, ikan, ayam, telur kuning dan sweet potatoes. Semuanya sedap sedap nyamnyam.
Kita sendiri pun kena pastikan makanan kita sihat dan lengkap juga ya,” tegasnya.
— Dr Erna Nadia