Advertisement

Siasatan Dijalankan Untuk Kes Gajah Kalabakan Dipenggal Kepala – Sabah News





KOTA KINABALU:Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew, mengecam pembunuhan kejam seekor gajah pygmy Borneo yang ditemui di Jalan Kalabakan, Tawau.

Beliau mengarahkan Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL) menjalankan siasatan menyeluruh dan memberi amaran bahawa pelaku akan didakwa di mahkamah bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997. 

Liew mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan tersebut yang merosakkan usaha pemuliharaan gajah di Sabah.

“Siasatan sedang dijalankan. Apabila jabatan sudah mengumpul bukti mencukupi, kami tidak akan teragak-agak untuk memastikan pelaku didakwa di mahkamah di bawah peruntukan Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997,” katanya dalam satu kenyataan.