KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah, Elmariah Chung dan rombongannya di Sri Gaya, di sini pada Isnin.
Elmariah, yang berasal dari Kitabu, Kudat, menerajui agensi iitu pada awal bulan Januari 2025. Beliau sebelum ini adalah Pengarah AADK di Pulau Pinang.
Dalam kunjungan hormat itu, turut dikongsikan isu-isu semasa ancaman dadah dan strategi AADK negeri dalam menangani permasalahan dadah di Sabah dengan lebih berkesan.
Turut hadir Penolong Pengarah (Pencegahan), Dayang Siti Rohani Sedan dan Penolong Pengarah Pengurusan Dan Keselamatan PUSPEN Papar, Mohd Noor Fahmi Tajudin.