Advertisement

Suami Pakar Patologi Lahad Datu Yang Ditemui Meninggal Dunia Masih Mencari Jawapan – Sabah News

Mendiang Dr. Tay Tien Yaa, Pakar Patologi Hospital Lahad Datu

LAHAD DATU: Suami kepada mendiang Dr. Tay Tien Yaa, pakar patologi di Hospital Lahad Datu yang meninggal dunia pada 29 Ogos tahun lalu, masih mencari penjelasan terperinci mengenai hasil siasatan pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kematiannya.

Low Teck Khaang menyatakan bahawa pasukan petugas khas tersebut kurang berinteraksi dengan keluarga sebelum membuat kesimpulan mereka.

“Kami hampir tidak berpeluang untuk berbincang dengan anggota pasukan petugas. Apa yang dijelaskan minggu lalu tidak cukup untuk menjawab keraguan kami. Apa yang isteri saya ceritakan berbeza dengan penemuan tersebut,” katanya memeetik Berita Harian.

Beliau juga menegaskan bahawa keluarganya belum diberi peluang untuk meneliti laporan penuh dan berharap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat mengeluarkannya untuk kajian terperinci.

Sebelum ini, pasukan petugas khas yang ditubuhkan oleh KKM pada 10 Oktober 2024 telah mengumumkan bahawa tiada unsur buli ditemui dalam kes kematian Dr. Tay.

Namun, keluarga mendiang masih mempunyai keraguan dan mencari penjelasan lanjut mengenai punca sebenar kematian beliau.

Dr. Tay ditemui meninggal dunia di kediamannya di Lahad Datu dengan dan telah menimbulkan spekulasi mengenai kemungkinan wujudnya budaya buli dan tekanan kerja yang melampau di tempat kerjanya.

KKM sebelum ini menegaskan komitmen mereka untuk memperbaiki persekitaran kerja supaya lebih harmoni dan kondusif, selaras dengan visi untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk Malaysia Madani.