KOTA KINABALU, SABAH – “Pemberi maklumat kononnya adanya amalan rasuah oleh Adun Sabah adalah seorang PENIPU BESAR!!,” demikian menurut kenyataan yang dikongsikan dipercayai oleh individu rapat kepada Datuk Arifin Arif ketika menghubungi wartawan Sabah News mengenai isu tular membabitkan tawaran penyelesaian kes rasuah seperti mana yang diterbitkan oleh portal berita atas talian (online), Malaysia Kini.
Menurut kenyataan yang disiarkan oleh portal berita atas talian (online) Malaysia Kini bertarikh 3 Februari 2025, pemberi maklumat itu menyatakan bahawa Arifin Arif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut telah menawarkan jalan penyelesaian kononnya beliau perlu membuat kenyataan umum bahawa dana yang bertukar tangan tersebut adalah sumbangan politik dan turut sama memberikan sumbangan serupa kepada ADUN daripada parti politik UMNO, STAR dan PBS.
Pemberi maklumat itu juga kononnya telah ditawarkan pemberian lesen penerokaan semula dengan syarat bersetuju dengan tawaran Arifin tersebut.
Menurut individu yang dipercayai orang kanan kepada Arifin yang mana namanya enggan disiarkan berkata lagi bahawa selepas kes ini disiasat oleh pihak SPRM, Datuk Arifin sama sekali tidak pernah berhubung secara langsung ataupun tidak langsung kepada pemberi maklumat atau wakil pemberi maklumat tersebut.
“Kenyataan ini adalah jelas satu pembohongan besar, fitnah jahat dan cubaan mahu menjatuhkan reputasi Arifin termasuk kerajaan GRS-PH di Sabah…
“Jutsteru satu laporan Polis fitnah akan dibuat selepas ini,” katanya.
Menurutnya lagi kenyataan oleh portal berita atas talian (online), Malaysia Kini yang berterusan mengaitkan Arifin sebagai menantu kepada Tun Musa Aman juga adalah jelas bertujuan berniat jahat dan cubaan mewujudkan persepsi negatif kepada rakyat khususnya di Sabah
“Saya sebenarnya agak sangsi dan wujud cakap-cakap luar mengatakan portal ini sebenarnya telah dibayar sejumlah wang untuk menyerang kerajaan GRS-PH di Sabah.”
“Wujud juga tanggapan orang luar bahawa portal berita ini amat memerlukan kewangan untuk membiayai operasi, oleh sebab itu wujud perjanjian luar untuk menyerang kerajaan GRS-PH termasuk Tun Musa Aman. Sama ada betul atau tidak, biar rakyat yang menilai,” tambahnya lagi