Advertisement

Suspek Ceroboh Tanah, Ambil Hasil Tanaman Dan Ancam Pekerja Guna Parang Ditahan Polis – Sabah News





Foto: Ihsan PDRM Tawau

TAWAU: Seorang lelaki yang merupakan suspek ceroboh tanah, mengambil hasil tanaman dan mengancam pekerja dengan menggunakan parang di daerah ini telah ditahan polis, semalam.

Polis Tawau dalam satu kenyataan memaklumkan tangkapan tersebut dilakukan semasa rutin Ronda Cegah Jenayah (RCJ) oleh sepasukan polis dari Balai Polis Tawau di sekitar bandar tersebut. 

“Semasa melaksanakan Ronda Cegah Jenayah (RCJ), anggota polis bertugas telah menahan dan memeriksa seorang lelaki kelihatan mencurigakan.

“Lelaki tersebut disyaki terlibat dengan satu kes ceroboh tanah dan mengambil hasil tanaman serta mengancam pekerja-pekerja tanah tersebut menggunakan parang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Suspek seterusnya dibawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat dibawah seksyen 506 Kanun Keseksaan dan seksyen 447 Kanun Keseksaan.