Advertisement

Helikopter Terhempas, Satu Maut Terkena Libasan Kipas Di Kepala – Sabah News

Memetik laporan TV3, nahas helikopter ini telah mengakibatkan satu kematian.

Menurut sumber, kebakaran berlaku ketika helikopter sedang cuba mendarat.

Helikopter tersebut hilang kawalan dan terbakar.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat terkena libasan kipas di kepala.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.39 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dikejarkan ke lokasi.

Katanya, kebakaran membabitkan sebuah helikopter pengangkut yang musnah terbakar 100 peratus ketika berada di darat.

“Seorang mangsa iaitu jurutera warga Indonesia disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) disyaki terkena bilah kipas, manakala juruterbang selamat.

“Kebakaran berjaya dikawal dan padam sepenuhnya jam 11.06 pagi dan m@yat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas ini.