Advertisement

KM SAMBUT BAIK USAHA KUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA, SABAH – JEPUN – Sabah News

Ketua Menteri menyampaikan cenderakenangan kepada Noriyuki Shikata…

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Duta Besar Jepun ke Malaysia, Noriyuki Shikata, di Menara Kinabalu pada Khamis.

Beberapa isu turut dibincangkan termasuklah memperkukuhkan hubungan dua hala antara Jepun dan Sabah.

Lawatan Noriyuki itu juga bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Jadi Maharaja Jepun pada sebelah malam di sini, semalam.

Duta yang mengambil alih jawatan pada bulan September tahun lalu itu diiringi oleh Konsul Jeneral Jepun di Kota Kinabalu, Yamashita Yoshito.