Advertisement

Sultan Brunei Terima Menghadap TYT Sabah Di Istana Nurul Iman – Sabah News

BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan menerima menghadap Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman di Istana Nurul Iman pada Khamis.

Turut berangkat semasa majlis menghadap ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Toh Puan Datin Seri Datuk Hajah Faridah Haji Tussin; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan isteri; Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Sarah serta menteri pengiring; Yang Berhormat Pehin Datuk Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Haji Mohd Yussof bersama isteri, Datin Hajah Kalshom Haji Suhaili.

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa mempunyai hubungan erat dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah sejak beliau menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Brunei sejak dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 1 Januari 2025.

Selepas sesi menghadap, Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan menghadiri majlis santapan tengah hari yang dihoskan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.