BENARKAH perangai atau telatah anak bongsu ini sering kali menjadi penyebab ibu bapa mendapat tekanan?
Memetik laporan The Reporter, kajian mendapati bahawa anak bongsu memang sering menyebabkan tekanan kepada ibu bapa.
“Sebagai anak terakhir yang meninggalkan rumah, ibu bapa biasanya lebih berlembut dengan mereka dan ini boleh menyukarkan soal disiplin dan tanggungjawab.
“Selain itu, anak bongsu sering mendapat lebih perhatian, membuatkan mereka lebih cenderung bersikap manja atau suka mencuba sesuatu yang melampaui had yang dibenarkan berbanding adik-beradik lain.
“Tambahan pula, ibu bapa mungkin sudah letih selepas bertahun-tahun membesarkan anak-anak,” ujar laporan itu.
Oleh itu, mereka kurang sabar dan kurang tegas dalam menetapkan peraturan seperti yang dilakukan terhadap anak sulung.
Akibatnya, anak bongsu lebih cenderung bersikap memberontak, yang akhirnya menambah tekanan kepada ibu bapa.