TAWAU: Seorang lelaki ditahan polis kurang 24 jam selepas laporan mengenai tindakannya yang cuba mencabul anak saudara perempuannya dalam kejadian di sini, baru-baru ini.
Polis Tawau dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bertindak pantas mengesan dan menahan suspek seorang lelaki berusia 30-an berhubung kes cabul yang diterima.
“Semasa menonton televisyen di rumah neneknya, seorang remaja perempuan telah didatangi oleh bapa saudaranya yang tiba-tiba meraba bahagian badannya secara paksa.
“Mangsa yang merasa ketakutan telah memaklumkan ibunya yang membawa kepada tindakan laporan polis berhubung kejadian ini.
“Suspek telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.