Advertisement

Pemandu Maut Dalam Pertembungan Dua Lori di Beluran – Sabah News





BELURAN, SABAH – Lelaki berusia 44 tahun maut dalam kemalangan melibatkan dua buah lori di Kampung Bauto, Jalan Telupid, semalam.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori Nissan Box 10 Tan yang bertembung dengan lori Foton Box 3 Tan.

Kejadian tersebut menyebabkan seorang mangsa tersepit di dalam salah satu kenderaan yang terlibat.

Panggilan kecemasan diterimanpada jam 9.47 malam di lokasi kejadian berjarak kira-kira 70 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran.

“Pasukan Bomba tiba di lokasi pada pukul 12.30 pagi dan berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia selepas usaha menyelamat selesai,” kata seorang jurucakap agensi.

Mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.