Advertisement

SURAT TERBUKA BUAT LATHEEFA KOYA, LFL & MALAYSIA KINI MENGENAI SKANDAL RASUAH ALBERT DAN JONTIH MONOPOLI LESEN MINERAL SABAH – Sabah News

SURAT TERBUKA BUAT LATHEEFA KOYA, LFL & MALAYSIA KINI MENGENAI SKANDAL RASUAH ALBERT DAN JONTIH MONOPOLI LESEN MINERAL SABAH

1. Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) ingin bertanya kenapa sehingga kini Latheefa Koya, LFL (Lawyer For Liberty) dan Malaysia Kini masih berdiam dan tidak mendedahkan mengenai tindakan salah monopoli projek dan rasuah mineral oleh Datuk Albert dan Jontih sebaliknya berterusan mempertahankan kedua-dua individu tersebut.

2. Pendedahan yang dibuat oleh Portal SabahKini2 bertarikh 12 Feb 2025 yang lalu dengan tajuk Fail Sulit Kartel Albert Tei terbongkar bersekongkol dengan Jontih, tiga (3) pengerusi syarikat cuba bolot 13 lesen mineral di Sabah secara jelas amat memeranjatkan seluruh rakyat Sabah.
[https://sabahkini2.co/en/news/6834/fail-sulit-kartel-albert-tei-terbongkar-bersekongkol-dengan-jontih-3-pengerusi-syarikat-cuba-bolot-13-lesen-mineral-di-sabah-/view]

3. Portal ini juga turut mengaitkan keterlibatan bekas 3 mantan Ketua Polis dan seorang Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mendapatkan lesen bagi pihak Albert berjumlah 25 lesen mineral.

Ilustrasi yang tular berhubung pendedahan yang dibuat oleh Portal SabahKini2 bertarikh 12 Feb 2025…

4. Melalui pemalsuan dokumen dan rasuah akhirnya Albert telah berjaya memiliki 13 lesen.

Ilustrasi yang tular berhubung pendedahan yang dibuat oleh Portal SabahKini2 bertarikh 12 Feb 2025…

5. Menurut maklumat yang sahih, Dato’ Albert juga telah cuba untuk menyogok Ketua Menteri Sabah sebanyak tiga (3) kali dan kali terakhir melalui salah seorang mantan Ketua Polis Sabah berjumlah RM5 juta agar meluluskan hampir sejuta ekar tanah, tetapi telah ditolak dengan keras oleh Ketua Menteri tersebut.

6. Portal itu juga turut mendedahkan senarai pemilikan luar biasa harta Albert dan persoalannya adakah beliau telah membayar cukai pendapatan.?

Ilustrasi yang tular berhubung pendedahan yang dibuat oleh Portal SabahKini2 bertarikh 12 Feb 2025…

7. Sehubungan itu, BEBAS berharap agar pihak SPRM tampil menyiasat kesahihan kandungan berita ini kerana kes ini jelas menunjukkan niat jahat Albert, Jontih dan rakan-rakan mereka untuk mengambil kerja mineral secara monopoli.

8. Jolokan kartel telah digunakan ke atas Albert dan gelaran ini amat menggerunkan kerana cubaan Albert mendapatkan sejumlah 25 syarikat mineral bagi pihak dirinya amat keterlaluan dan perbuatan ini jelas amat menjijikan dan salah laku rasuah yang salah.

9. Tindakan Datuk Seri Hajiji mempertahankan keputusan untuk tidak meluluskan sejumlah hampir sejuta ekar tanah dan lesen ke atas Albert sewajarnya dipuji.

10. Walaupun berhadapan dengan ugutan ala-MAFIA dan cubaan untuk menggulingkan Hajiji, namun keputusan ini dilihat amat penting bagi mempertahankan hak negeri Sabah dari dirompak oleh orang luar.

11. Menurut maklumat yang diterima wujud perjanjian ‘SYAITAN’ dengan parti tempatan sekiranya kerajaan GRS-PH berjaya ditumbangkan, Albert dan kumpulannya akan diberikan tanah dan lesen yang diinginkan.

12. Isu video sumbangan dana politik yang dirakam oleh Albert adalah salah satu strategik dan taktik kotor yang digunakan secara berterusan bagi membina persepsi rakyat untuk menolak kerajaan GRS-PH pada PRN-17 nanti.

Yang benar,
GABUNGAN NGO BEBAS SUARA (BEBAS)

Berikut adalah pendedahan yang dibuat oleh Portal SabahKini2:
[https://sabahkini2.co/en/news/6834/fail-sulit-kartel-albert-tei-terbongkar-bersekongkol-dengan-jontih-3-pengerusi-syarikat-cuba-bolot-13-lesen-mineral-di-sabah-/view]

[https://sabahkini2.co/en/news/6836/monopoli-melampau-sprm-perlu-dedah-bagaimana-jontih-beri-kelulusan-palsu-kepada-13-syarikat-milik-kartel-albert-tei/view]

(Tulisan ini telah dikirim oleh penulis iaitu Gabungan NGO Bebas Suara ke portal berita sabahnews.com.my dan artikel ini tidak mencerminkan langsung pandangan pihak Sabah News…)