Advertisement

Parti Cinta Sabah Belum Pasti Jika Akan Bertanding  – Sabah News

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) belum membuat keputusan sama ada akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan datang.

Presiden PCS, Tan Sri Anifah Aman, menyatakan bahawa sebagai komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), fokus utama parti adalah menyokong gabungan tersebut dalam pilihan raya ini.

“Peranan kami dalam PCS adalah untuk menyokong GRS. Pembahagian kerusi bukan keutamaan tetapi kemenangan.

“Tiada gunanya saya menang jika GRS kalah,” kata Anifah selepas menghadiri majlis iftar anjuran Invest Sabah Berhad di Kota Kinabalu.

Bekas Ahli Parlimen Kimanis itu berkata tiada kerusi bukan isu dan akan menyumbang selagi boleh.

Beliau juga belum memutuskan sama ada akan bertanding di Bongawan, di mana beliau pernah bertanding dalam pilihan raya negeri sebelum ini pada tahun 2020.