Advertisement

Tujuh Cedera Dalam Kemalangan Dua Kenderaan di Kg Kapa, Tuaran  – Sabah News





TUARAN: Tujuh mangsa dilaporkan mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kampung Kapa awal pagi tadi.

Kenderaan tersebut melibatkan Toyota Avanza dan Nizzan Navara.

Seorang lelaki, 35 tahun mengalami cedera parah manakala lima lagi mangsa dalam kenderaan Toyota Avanza mengalami cedera ringan termasuk dua kanak-kanak perempuan. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.02 pagi.

Katanya, seramai 13 anggota dari BBP Tuaran telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 12 kilometer.

“Terdapat seorang mangsa lelaki di kenderaan Toyota Avanza dilaporkan tersepit berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba, manakala lima orang mangsa termasuk pemandu di kenderaan Nissan Navara hanya mengalami cedera ringan.

“Semua mangsa telah dihantar ke Hospital menaiki jentera EMRS dan Ambulans KKM bagi menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 3.20 pagi.