Advertisement

Program Kejut Sahur Perkukuh Silaturahim Masyarakat Berbilang Kaum di Tawau – Nizam – Sabah News

TAWAU: Kira-kira 1,000 orang penduduk Kampung Titingan menyertai Program Kejut Sahur sempena bulan Ramadan, baru-baru ini.

Ia bukan sahaja mengejutkan penduduk kampung untuk bersahur malah mempererat hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti kampung di Tawau.

Demikian Menurut Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan kepada Media selepas menyertai Program Kejut Sahur di Kampung Titingan Tawau.

Katanya, program seumpama ini banyak kebaikan dan dapat menyatu padukan pelbagai kelompok masyarakat di sesebuah kawasan yang mungkin berasal daripada suku kaum yang berbeza.

Menurutnya, untuk menjulang nama kampung di dalam pertandingan Kejut Sahur juga, masyarakat dilihat dapat bersatu hati dan berpadu iaitu di kampung Titingan ini yang terdiri daripada pelbagai blok, Selain melihat keceriaan dan perhubungan silaturahim yang cukup akrab dan baik di kalangan penduduk.

Lebih menarik lagi katanya, terdapat dikalangan penduduk kampung menggunakan kreativiti sendiri dengan menggubah lagu khas serta alat muzik yang digunakan.

Dalam pada itu, Pengerusi Penganjur pertandingan Kejut Sahur Rudhi Hariyanto Ghazali berkata, pihaknya menerima penyertaan amat menggalakkan dari kawasan Parlimen Tawau dan tidak terkecuali penyertaan menggalakkan di beberapa kampung yang terdapat di Parlimen Kalabakan.