KOTA KINABALU: Sebuah kenderaan jenis Proton Saga telah Terbabas sendiri ke tengah jalan lalu melanggar tiang lampu dalam satu kejadian kemalangan di Jalan Iramanis berhadapan Petron awal pagi tadi.
Terdapat seorang mangsa, iaitu pemandu lelaki berusia 20 tahun dilaporkan mengalami kecederaan ringan di tangan.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kemalangan itu pada jam 4.29 pagi.
Katanya, seramai lapan anggota bomba dari BBP Lintas telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 3 kilometer.
“Lapor kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Proton Saga terbabas di tengah jalan melanggar tiang lampu.
“Terdapat seorang mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan Pasukan Bomba.
“Tiada operasi dilakukan oleh Pasukan Bomba hanya mengambil maklumat dilokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mangsa pula seterusnya di beri rawatan awal dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I oleh ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 5.20 pagi.