Advertisement

‘Duit Raya’ Penjawat Awam Sabah Terjawab, RM1,000 Termasuk Untuk Pesta Kaamatan





KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Kewangan Sabah, bantuan ini akan diberikan dalam dua peringkat iaitu RM500 menjelang Hari Raya Aidilfitri dan RM500 lagi sempena Pesta Kaamatan.

Keputusan ini dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Negeri Sabah yang diadakan hari ini.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, berkata inisiatif ini bertujuan menghargai sumbangan penjawat awam serta memberi suntikan semangat kepada mereka untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

“Kerajaan Negeri berharap bantuan khas ini dapat membantu meringankan beban penjawat awam dalam membuat persiapan perayaan serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam perkhidmatan awam,” katanya.