KOTA MARUDU: Sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Vigo telah hanyut dibawa air deras sungai di Kampung Simpangan di sini, semalam.
Dilaporkan terdapat dua mangsa, iaitu lelaki dewasa telah berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Mohd Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.07 malam.
“Lapor benar terdapat sebuah kereta jenis Toyota Vigo telah hanyut oleh arus deras semasa cuba untuk menyeberangi jalan konkrit di sungai.
“Terdapat dua orang mangsa lelaki dewasa dilaporkan terlibat, seorang mangsa yang berada di bumbung kereta berjaya di selamatkan dan seorang mangsa lagi dilaporkan masih hilang Ketika keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri.
“Pasukan Bomba menjalankan operasi mecari dan menyelamat mencari mangsa dan berjaya ditemui berada di tepi sungai dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Operasi seterusnya ditamatkan pada jam 10.24 malam.