TUARAN: Sebuah lori trailer membawa muatan tong gas LPG telah terlibat dalam kemalangan bersama Isuzu Dmax dan Proton X70 dalam kejadian di Kampung Simpangan Jalan Tamparuli – Ranau, pada Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4 petang.
Katanya, seramai lapan anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi sejauh 45 kilometer.
“Terdapat empat orang mangsa terlibat berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi.
“Seorang mangsa, iaitu pemandu proton X70 telah mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan jentera EMRS,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Setelah memastikan tiada bahaya yang wujud di lokasi operasi ditamatkan pada jam 5.26 petang.