Advertisement

Umno Sabah Umum Kerjasama Dengan PH, Terbuka Kepada Gabungan Parti Tempatan – Sabah News

KOTA KINABALU: Umno Sabah akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan dalam PRN akan datang, kata Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam pertemuan bersama Presiden PH Sabah dan pimpinan parti di Pulau Pinang hujung tahun lalu.

“Kita masih terbuka untuk berbincang dengan parti tempatan, namun kerjasama sebelum ini tidak membawa pembangunan,” katanya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau.

Bung turut menegaskan Umno Sabah terdiri daripada anak jati negeri ini yang mahu membawa pembangunan, kecuali Datuk Seri Salleh Said yang didakwa melanggar dasar parti.

Beliau tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Warisan yang bertanding solo, dan berkata pengumuman itu dibuat lebih awal supaya akar umbi jelas dengan hala tuju parti.

Selain mempertahankan kerusi Lamag, beliau berharap semua 41 kerusi yang dimenangi sebelum ini dapat dikekalkan, dan menegaskan hanya kerusi boleh menang akan ditandingi.

“So far so good,” katanya mengenai rundingan kerusi, sambil menambah bahawa Umno tidak menuntut lebih, namun mahu agihan yang fleksibel demi kemenangan.