Advertisement

Lelaki Warga Asing Mengamuk di Kawasan Perumahan Ditahan Polis

TAWAU: Seorang lelaki asing ditahan polis kerana membuat amukan di sebuah rumah di kawasan Taman Ria di sini, hari ini.

Polis Tawau dalam satu kenyataan berkata, penahanan tersebut dilaksana oleh unit Mobile Patrol Vehicle (MPV) BPJKK IPD Tawau ketika menjalankan ppenguasan ronda cegah jenayah.

“Unit MPV telah dimaklumkan oleh DCC yang menyatakan ada seorang lelaki mengamuk di sebuah rumah di kawasan Taman Ria Tawau.

“Setibanya di lokasi, unit peronda segera melakukan tangkapan ke atas suspek yang dikenalpasti seorang lelaki warga asing berumur lewat 20an di tempat kejadian bagi mencegah kejadian yang tidak diingini berlaku dan memastikan keselamatan penduduk sekitar,” katanya di sini, hari ini.

Suspek seterusnya dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323/326A dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.