Advertisement

AS Kenakan Tarif Sehingga 245 Peratus Terhadap Import China Dalam Tindak Balass





ISTANBUL – Amerika Syarikat kini mengenakan tarif sehingga 245 peratus ke atas import dari China susulan tindakan balas negara itu terhadap dasar perdagangan AS, menurut kenyataan White House pada Selasa malam, lapor Agensi Anadolu.

Menurut arahan pentadbiran baharu, siasatan keselamatan negara turut dilancarkan berkaitan import sumber penting.

Dalam kenyataan itu, China didakwa mengenakan sekatan eksport terhadap bahan-bahan nadir bumi dan logam berteknologi tinggi yang penting untuk sektor automotif, aeroangkasa, semikonduktor dan ketenteraan.

“China kini berdepan tarif sehingga 245 peratus terhadap eksport ke AS susulan tindak balasnya,” katanya.

China sebelum ini meningkatkan tarif ke atas barangan AS kepada 125 peratus, manakala AS pula telah mengenakan tarif sehingga 145 peratus ke atas barangan China sambil menggantung sementara tarif tambahan terhadap negara lain.