PENAMPANG, SABAH – Seorang pemandu lori warga asing berusia 56 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Kota Kinabalu selepas didapati bersalah memandu secara cuai hingga menyebabkan kemalangan membabitkan 15 kenderaan di Jalan Duvanson, Putatan, Februari lalu.
Selain itu, lelaki tersebut turut disabitkan kesalahan di bawah Akta Imigresen kerana tinggal lebih masa di Malaysia selepas visa dimansuhkan.
Majikannya, seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun, juga dihukum kerana menggaji pekerja asing tanpa dokumen sah.
Ketua Polis Daerah Penampang, Supt. Sammy bin Newton menegaskan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa menjadi keutamaan.
“Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang serta membahayakan keselamatan awam,” katanya melalui sebuah kenyataan semalam.