Advertisement

Remaja OKU Maut dalam Kemalangan di Beaufort – Sabah News

BEAUFORT: Seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 16 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbakar dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Nukuhan, petang Ahad.

Menurut Laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.26 malam dan tiba di lokasi kira-kira 18 minit kemudian.

“Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 dan kereta Perodua Viva.

“Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata seorang pegawai jurucakap.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.32 malam setelah memastikan kawasan selamat.