Advertisement

Kemuka Dokumen Palsu RM85 Ribu: Bekas Setiausaha Persatuan Didakwa Esok – Sabah News





KOTA KINABALU: Seorang bekas setiausaha persatuan ditahan SPRM Sabah kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan peruntukan khas RM85,000 daripada Ketua Menteri Sabah, kononnya untuk membina pejabat pentadbiran di daerah tempatnya bekerja.

Suspek, lelaki berusia 50-an yang juga seorang guru besar digantung tugas, ditahan ketika hadir memberi keterangan pagi tadi.

Dia akan didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah esok di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Difahamkan, suspek pernah berdepan lapan pertuduhan berkaitan kes sama pada Mei 2024 dan perbicaraan masih berjalan.