KOTA KINABALU: Daerah Sipitang bakal berwajah baru dengan satu lagi projek pembangunan yang dikenali sabagai Sipitang Walk.
Pemilik projek tersebut Chrisnadia Sinam berkata demikian semasa lawatan rombongan Pengerusi Sabah Electricity Datuk Madius Tangau ke tapak projek semalam.
Projek Sipitang Walk mempunyai 12 blok 96 unit kedai 2 dan 3 tingkat tersebut kini 95 peratus telah dijual dengan projek tersebut dijangka siap pada bulan September tahun ini.
Selain dari unit kedai, projek ini juga akan memiliki sebuah hypermarket dengan keluasan 33,000 persegi dan sebuah bangunan hotel dan dan sebuah dewan serbaguna.
Chrisnadia turut memuji Kerajaan GRS – PH plus kerana Daerah Sipitang telah membangun pesat di bawah Kerajaan sekarang.
“Keyakinan rakyat terhadap keadaan ekonomi Sabah yang baik sekarang telah telah menyebabkan unit-unit kedai laris dijual,” ujarnya.