Advertisement

Ugut dan Cederakan Lelaki Ketika Ambil Wuduk, Suspek Ditahan Reman di Tawau – Sabah News

TAWAU: Berpunca dari tidak puas hati, seorang lelaki ditahan polis (PDRM) Tawau bagi membantu siasatan dalam kes mendatangkan kecederaan kepada orang lain di sini, baru-baru ini.

Polis Tawau memaklumkan kejadian ini berlaku ketika mangsa sedang mengambil wuduk di sebuah masjid di Jalan Damai untuk menunaikan solat telah didatangi oleh seorang lelaki tidak dikenali dan memukul mangsa sebanyak 3 kali di bahagian kepala. 

“Selain itu, suspek juga mengugut mangsa dengan berkata “kalau kau ganggu anakku lagi aku kasi pecah kepala mu”. Mangsa yang kebingungan terus bertanya kepada suspek namun telah ditumbuk dibahagian muka dan menyebabkan pertengkaran.

“Mangsa yang terdahulunya pernah menegur kanak-kanak yang sering mengganggu para jemaah solat di masjid tersebut telah pergi ke Balai Polis berhampiran untuk membuat laporan atas faktor keselamatan diri,” jelas kenyataan itu di sini, semalam.

Bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis dari Bahagian Siastan Jenayah (BSJ) IPD Tawau telah membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor dan berjaya memberkas seorang lelaki yang dikenalpasti sebagai pelaku dan terlibat dalam kejadian tersebut.

Semasa pemeriksaan, lelaki tersebut gagal mengemukakan keterangan diri yang sah.

Suspek kemudiannya dibawa balik ke IPD Tawau untuk ditahan reman.

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.