KOTA BELUD: Seorang lelaki terperangkap dalam lumpur selama hampir sejam ketika meracun rumput pada sawah padi di Kg. Tempasuk II, sini, pada Jumaat.
Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada pukul 3.28 petang.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, sepasukan sembilan anggota tiba di lokasi sembilan minit kemudian.
“Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan bantuan orang kampung.
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada ahli keluarga dalam keadaan selamat.
“Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain di Lokasi operasi ditamatkan pada pukul 3.57 petang,” kata seorang jurucakap melalui sebuah kenyataan.
Walau bagaimanapun, maklumat lanjut mangsa tidak diperolehi.