Advertisement

Bas Persiaran Terbabas Di Ranau, 8 Termasuk 6 Warga Emas Cedera – Sabah News

RANAU: Lapan individu termasuk 6 warga emas berusia 62 hingga 68 tahun cedera selepas bas persiaran dinaiki mereka terbabas di Kampung Luanti Baru sini, petang Sabtu.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mereka terdiri dari 3 lelaki dan 3 wanita manakala mangsa lain ialah 2 orang wanita berusia 47 dan 59 tahun.

“Panggilan kecemasan diterima melalui talian balai pada pukul 2.14 petang.

“Sepasukan tujuh anggota diketuai PBK II Becket Gumat tiba di lokasi kejadian berjarak 18KM dalam masa 19 minit,” kata seorang jurucakap agensi.

Menurutnya, terdapat 23 orang penumpang di dalam bas tersebut termasuk pemandu dan pembantu pemandu.

“Pasukan bomba bertindak memberikan rawatan awal bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia dan seterusnya mangsa dihantar ke Hospital Ranau menggunakan 2 buah ambulans.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 3.15 petang,” katanya.