KOTA BHARU – Polis Kelantan menyerbu satu perjumpaan gay yang melibatkan lebih 100 lelaki berusia antara 20 hingga 30-an di sebuah banglo di Kemumin di sini pada pertengahan Jun lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, serbuan dilakukan pada jam 1 pagi hasil maklumat awam dan intipan yang dilakukan oleh pasukan khas.
“Semasa kami tiba di banglo tersebut, hanya tinggal lebih kurang 20 orang lelaki.
“Hasil siasatan awal mendapati mereka masih belum melakukan sebarang aktiviti persetubuhan, namun terdapat persiapan ke arah itu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Khamis.
Menurut beliau, pemeriksaan lanjut di dalam banglo berkenaan menemui ratusan kondom serta ubat berkaitan HIV.

“Tiga individu didapati memiliki bahan lucah berunsur homoseksual dan disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
“Sementara itu, selebihnya telah diambil keterangan. Ada antara mereka yang mengaku menawarkan khidmat seks sesama lelaki dan juga menghidap HIV. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang merupakan penjawat awam,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa Polis Kelantan memandang serius perkara ini dan akan terus memantau kegiatan kumpulan berkenaan.