Advertisement

TUDUH SIMPAN BUKTI HAJIJI RASUAH, JONTIH MANTAN CEO SMM PEMBOHONG BESAR? – Sabah News





Jontih Enggihon…

KOTA KINABALU, SABAH – “Dia seorang ‘PEMBOHONG BESAR’, demikian tuduhan yang dibuat oleh Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) kepada Jontih selepas mendakwa memiliki bukti untuk menyokong dakwaannya kononnya Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor menyalahgunakan kuasa.

Bekas CEO Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd Jontih Enggihon dalam satu kenyataan (kelmarin) berkata beliau telah mendakwa memiliki bukti untuk menyokong dakwaannya bahawa Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor “menyalahgunakan kuasa”.

Menurut Jontih, bukti yang dimaksudkannya adalah ‘minit mesyuarat lembaga pengarah SMM’, ‘nota penerangan bercetak kepada ketua menteri’ daripadanya dan ‘pesanan teks daripada ketua menteri’.

“Semua bukti ini disimpan dengan selamat oleh seseorang, di suatu tempat. Saya sanggup untuk menyerahkannya kepada SPRM,” kata Jontih menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurut BEBAS tuduhan salah guna kuasa tersebut jelas adalah satu penipuan memandangkan ianya tidak diserahkan kepada pihak SPRM.

“Siapa pun boleh buat tuduhan dan kemungkinan semua dokumentasi termasuk pesanan WhatsApp boleh dipalsukan”.

Menurut BEBAS, “Jontih sebenarnya mempunyai agenda jahat sambil cuba memesongkan cerita yang mana beliau sendiri terlibat dalam mengatur projek dengan seorang kontraktor dari Semenanjung Malaysia”.

Menurut sumber lain, Jontih sebenarnya mempunyai kaitan secara langsung dengan seorang kontraktor yang dikenali sebagai ‘Albert Tei’ dan telah menerima wang jutaan ringgit malahan perkahwinan anak Jontih pun ditaja sepenuhnya oleh Albert.

Berita tular di media sosial menyatakan Jontih menerima sejumlah wang dari ahli perniagaan ataupun kontraktor iaitu Datuk Albert Tei…(Sumber: Tangkap layar daripada Sabah Big Mouth)

BEBAS berkata lagi “seksyen 25 Akta SPRM 2009 menetapkan sekiranya gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah, seseorang boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 dan penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali malangnya Jontih termasuk kontraktor yang kecewa kepada Kerajaan Sabah lebih mempercayai portal Malaysia Kini daripada SPRM.”

BEBAS juga menyifatkan gerak kerja jahat Jontih itu sebenarnya dirancang bersama-sama ahli politik untuk menumbangkan kerajaan GRS-PH.