KOTA KINABALU, SABAH – Sang Badak meraikan kemenangan keempat berturut-turutnya dalam Liga Super musim ini dengan menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 4-1 di Stadium Likas pada malam Ahad.
Jaringan pertama Sabah FC dimulakan Joao Pedro menerusi tandukan hasil hantaran lintang daripada Stuart Wilkin pada minit ke-17.
KDN FC membalas pada minit ke-27 dengan tendangan pemain sayap Mohamad Fazrul Amir setelah merampas bola daripada pertahanan Sabah FC di kawasan kotak penalti.
Namun belum sampai seminit pasukan meraihkan gol penyamaan, pasukan tuan rumah maju hasil jaringan Muhammad Farhan Roslan yang berjaya menampan tandukan Joao Pedro.
Kejayaan berikutnya lagi melalui tandukan Joao Pedro pada minit ke-45 selepas Wilkin diberikan sepakan percuma.
Babak kedua kemudian berakhir hasil tandukan Gabriel Peres pada minit ke-61 juga hasil sepakan percuma Wilkin.
Penjaga gol KDN FC Mohammad Fikri Che Soh mengekalkan keputusan 4-1 sehingga tamat perlawanan dengan mengagalkan percubaan lain.
Sabah berada di tempat ketiga liga dengan 26 mata manakala KDN FC di tangga ke- 12 dengan tujuh mata.